- Nor Rizanida binti Abdul Hamid
- IKBN Bandar Penawar
- Hits: 27
LAWATAN PENANDA AMALAN TERBAIK PENGUNDIAN DAN TADBIR URUS MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR DAN SEKRETARIAT RAKAN MUDA INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA BANDAR PENAWAR TAHUN 2026
3 April 2026, Johor Bahru - Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar( IKBNBP) merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), kerana sudi menerima kunjungan deligasi daripada institut ini dalam satu Lawatan Penanda Aras Amalan Terbaik Pengundian dan Tadbir Urus Majlis Pereakilan Pelajar (MPP) dan Sekretariat Rakan Muda (SRM) yang berlangsung di Dewan Senat Ainuddin Wahid, UTM Johor Bahru.
Lawatan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada MPP dan SRM IKBN Bandar Penawar dalam mempelajari amalan terbaik dalam pengurusan organisasi pelajar, perancangan dan pelaksanaan program, pengundian MPP serta amalan kepimpinan yang diamalkan di UTM.
Sesi ini turut membuka ruang dialog dua hala yang konstruktif dalam memperkukuh sistem kepimpinan pelajar yang lebih holistik, berintegriti dan berimpak tinggi.
Semoga jalinan ini menjadi titik permulaan kepada kolaborasi yang lebih erat antara IKBN Bandar Penawar dan UTM dalam melahirkan pemimpin masa depan yang cemerlang.
