- Nor Rizanida binti Abdul Hamid
- IKBN Bandar Penawar
- Hits: 20
MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT BANDAR PENAWAR
Bandar Penawar, 13 Mac 2026 bersamaan 23 Ramadan 1447H – Jawatankuasa Masjid Al-Syifa’ Bandar Penawar telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Bandar Penawar yang berlangsung dengan penuh keberkatan sempena bulan Ramadan. Program ini turut disertai oleh pelajar-pelajar dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar yang menghantar seramai 20 orang peserta.
Daripada jumlah tersebut, dua orang pelajar telah mengambil bahagian secara langsung dalam acara khatam Al-Quran, manakala selebihnya hadir bagi mengimarahkan majlis. Kehadiran para pelajar ini bukan sahaja memeriahkan suasana, malah mencerminkan semangat kerjasama antara institusi pendidikan dan pihak masjid dalam memperkukuh nilai keagamaan serta penghayatan Al-Quran di kalangan generasi muda.
Majlis khatam Al-Quran tersebut disempurnakan dengan bacaan doa dan diakhiri dengan jamuan berbuka puasa bersama jemaah.
Diharap masjilis seperti ini dapat menjadi wadah untuk memperkukuh ukhuwah, meningkatkan kecintaan terhadap Al-Quran, serta menyemarakkan lagi suasana Ramadan di Bandar Penawar.
