- Nor Rizanida binti Abdul Hamid
- IKBN Bandar Penawar
- Hits: 13
Penamaan Calon Pilihan Raya MPP IKBN Bandar Penawar
Bandar Penawar, 4 Disember 2025– Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IKBN Bandar Penawar Sesi 2025/2026 telah berlangsung dengan lancar di Bilik Seminar, IKBN Bandar Penawar pada pagi tadi.Sebanyak 41 borang pencalonan telah diterima, dan selepas proses semakan dibuat oleh Jawatankuasa Induk Pilihan Raya, 36 calon disahkan layak bertanding bagi kerusi umum yang ditetapkan.
Penamaan calon yang berjalan dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari itu turut disaksikan oleh pegawai HEP dan ahli jawatankuasa yang terlibat. Semua calon yang layak kini dibenarkan memulakan kempen mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.Pilihan Raya MPP dijadualkan berlangsung pada 11 Disember 2025 dan seluruh pelajar IKBN Bandar Penawar digalakkan untuk keluar mengundi bagi memilih kepimpinan baharu yang akan mewakili suara pelajar sesi akan datang.Terima kasih kepada jawatankuasa yang terlibat bagi penamaan calon pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar kali ini.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul
