PERHIMPUNAN BULANAN SIRI 1 DAN AMANAT PENGARAH TAHUN 2026

    2 Januari 2026, Bandar Penawar – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Siri 1 Tahun 2026.Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Nazmi bin Mohamad diikuti dengan pelancaran e-Buletin edisi 2 oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, Encik Mohaizad bin Mohamad Daud. Majlis diteruskan dengan ucapan dan amanat YBrs. Cik Fadhilah binti Ahmad, Pengarah IKBN Bandar Penawar yang menekankan aspek integriti, profesionalisme dan komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab.

    Majlis turut diserikan dengan penyampaian Anugerah Khas Pekerja Terbaik bagi bulan Oktober, November dan Disember 2025. Tiga pegawai yang mendapat anugerah tersebut adalah:
    1. En. Ah Eng Voo, Bahagian Khidmat Pengurusan
    2. Pn. Fauziah binti Amat Udurus, Bahagian Penyediaan Makanan
    3. En. Mohamad Amirul Ashraf bin Mohd Khir, Personel MyStep Kampus Bandaraya Johor Bahru

    Perhimpunan ini bukan sahaja menjadi medan penyampaian amanat kepimpinan, malah memperkukuh semangat kebersamaan serta budaya kerja cemerlang dalam kalangan warga IKBN Bandar Penawar.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Terunggul.

    Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
    Jalan Kejora Utama 81930
    Bandar Penawar, Johor

    No.Tel : 07-8221 567
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.