- Nor Rizanida binti Abdul Hamid
- IKBN Bandar Penawar
- Hits: 256
TAKLIMAT PENGENALAN DAN PELANCARAN SEMULA PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DIY & PROGRAM GO GREEN IKBN BANDAR PENAWAR
Bandar Penawar, 10 Disember 2025 - Satu Sesi Taklimat Pengenalan dan Majlis Pelancaran Semula Eskosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) DIY IKBN Bandar Penawar dan Program Go Green telah diadakan dengan jayanya di Dewan Seri Desaru, IKBN Bandar Penawar.
Program yang melibatkan kakitangan dan semua pelajar Institut ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan penerangan mengenai kaedah pelaksanaan EKSA DIY yang telah diperkenalkan oleh MAMPU melalui Kementerian Belia dan Sukan serta memupuk budaya Go Green dikalangan warga Institut.Majlis pelancaran semula EKSA DIY IKBN Bandar Penawar ini telah disempurnakan oleh YBrs. Cik Fadhilah binti Ahmad, Pengarah IKBN Bandar Penawar diiringi oleh Pn Normala binti Daman, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar Bandar Penawar bersama-sama ahli Jawatankuasa Pelaksanaan EKSA DIY IKBN Bandar Penawar.
Gimik aktiviti kitar semula pula menandakan seluruh warga Institut komited dalam pelaksanaan Go Green di peringkat Institut.Seterusnya, taklimat pengenalan dan pelaksanaan EKSA DIY telah disampaikan oleh Fasilitator EKSA Institut iaitu En. Muhamad Fikri bin Mohd Kamarudin.Diharapkan sesi in dapat menjadikan semua warga Institut lebih cakna dan peka terhadap pelaksanaan EKSA DIY serta lebih bersemangat dalam melaksanakan aktiviti EKSA Institut bagi menghadapi Audit Dalam EKSA Bil 1 pada 15 dan 16 Disember 2025 nanti.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
