DIALOG 360 SESI 1/2026 & TRANSISI SESI 2/2026🌟 PROGRAM INKLUSIVITI BELIA AUTISME DAN BERKEPERLUAN KHAS IKBN JITRA

    DIALOG 360 SESI 1/2026 & TRANSISI SESI 2/2026🌟 PROGRAM INKLUSIVITI BELIA AUTISME DAN BERKEPERLUAN KHAS IKBN JITRA

    🌟 DIALOG 360 SESI 1/2026 & TRANSISI SESI 2/2026🌟
    PROGRAM INKLUSIVITI BELIA AUTISME DAN BERKEPERLUAN KHAS IKBN JITRA


    πŸ’™ β€œSetiap Perbezaan Ada Potensiβ€πŸ’›
    Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra komited dalam memperkasa potensi belia autisme dan berkeperluan khas melalui pendidikan, pembangunan kemahiran, persediaan kerjaya serta pembentukan komuniti yang inklusif.
    Sehubungan itu, Program Dialog 360 bagi pelajar Sesi 1/2026 & Transisi bagi pelajar Sesi 2/2026 dianjurkan sebagai platform perkongsian ilmu, pertukaran pandangan dan pengukuhan kerjasama dalam usaha menyokong perkembangan potensi, kebolehan serta masa depan golongan istimewa ini. 🌈🀝
    ✨ Penceramah Jemputan:
    🎀 Pn. Khaironisma binti Mohd Akhir
    Kelab Seni Projek Objek
    🎀 Pn. Aliyah binti Yahya
    Jabatan Kecemerlangan Akademik, IPG Kampus Darulaman
    πŸ“… Tarikh:20 Oktober 2026 (Selasa)
    ⏰ Masa:9.00 pagi – 1.00 petang
    πŸ“ Tempat: Perpustakaan & Atma Canting, IKBN Jitra
    Semoga program ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam membina persekitaran yang lebih mesra, prihatin dan inklusif, di samping membuka lebih banyak peluang kepada belia autisme dan berkeperluan khas untuk menyerlahkan bakat serta mencapai potensi diri. 🌻
    Kerana setiap individu mempunyai keistimewaan tersendiri. Dengan sokongan dan peluang yang tepat, mereka juga mampu melangkah jauh dan mencipta kejayaan!
    πŸ’™ Inklusif | Bersama | MajuπŸ’›
    IKBN Jitra – Membina Kemahiran, Memperkasa Potensi, Membentuk Masa Depan.

    Institut Kemahiran Belia Negara Jitra,
    Km 23, Jalan Changloon,
    06000 Jitra, Kedah Darul Aman.

    No.telefon: 04-9174676
    No.faks: 04-9174444
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.