IKBN Jitra Jadi Pentas Pereka Muda Serlah Bakat Dalam Program ‘Fashion Show’

    JITRA – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra sekali lagi menjadi tumpuan menerusi penganjuran Program ‘Fashion Show’, sebuah acara dwi tahunan yang mengangkat kreativiti dan hasil kerja tangan pelajar Jabatan Teknologi Fesyen dan Pakaian.
    ​Program berprestij ini merupakan pentas utama bagi pelajar semester akhir daripada dua program utama, iaitu Program Jahitan Pakaian Wanita (Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3) dan Diploma Rekaan Fesyen dan Pakaian (Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4) untuk memperagakan rekaan masing-masing.
    ​Apa yang menarik, keseluruhan program ini dirancang dan dikendalikan sepenuhnya oleh para pelajar dengan bimbingan barisan tenaga pengajar yang berpengalaman. Pendekatan ini bertujuan memberi pendedahan secara praktikal kepada pelajar dalam menguruskan acara fesyen sebenar, selain menjadi platform untuk memperkenalkan bakat pereka muda IKBN Jitra kepada umum.
    ​Keunikan rekaan yang ditampilkan bukan sahaja mencerminkan kemahiran teknikal yang tinggi, malah membuktikan bahawa pelajar institut kemahiran mampu bersaing dan mempunyai cita rasa seni yang setanding dengan industri fesyen luar.

    Institut Kemahiran Belia Negara Jitra,
    Km 23, Jalan Changloon,
    06000 Jitra, Kedah Darul Aman.

    No.telefon: 04-9174676
    No.faks: 04-9174444
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.