Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra berbesar hati menerima kunjungan dan menyaksikan Majlis Penyerahan Projek Menaik Taraf Fasiliti Latihan Jabatan Teknologi Tekstil yang telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato’ Rahimi Ismail.
Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), YBrs. Puan Ir. Maria binti Marcus, bersama barisan pegawai kanan KBS, Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Projek naik taraf ini merupakan satu langkah penting dalam memperkukuh ekosistem TVET melalui penyediaan kemudahan latihan yang lebih moden, selamat dan kondusif, khususnya melibatkan Bengkel Jahitan Tahap 3 dan Smart Classroom.
Kemudahan yang dipertingkatkan ini diharapkan dapat melonjakkan kompetensi, kreativiti dan kebolehpasaran pelajar IKBN Jitra, seiring dengan keperluan serta perkembangan pesat industri fesyen dan tekstil.
