- Dzulkifli Bujang
- IKBN Jitra
- Hits: 55
Kejohanan Sukan ILKBS Edisi Ke-37 Di IKTBN Bukit Mertajam Melabuh Tirai
Bukit Mertajam, 21 Ogos 2025 - Kejohanan Sukan ILKBS Edisi ke-37 bagi tahun 2025 telah melabuhkan tirai pada tengah hari ini bertempat di Dewan Perdana, IKTBN Bukit Mertajam Kontinjen IKBN Jitra telah mendapat tempat keempat bagi acara E-Sukan. Tahniah diucapkan.
Bagi Pasukan Sepak Takraw berjaya sehingga ke peringkat suku akhir manakala bagi acara Bola Sepak, Bola Jaring, Badminton Berpasukan dan Bola Tampar Campuran terkandas di peringkat kumpulan.
Semoga berjumpa lagi pada Kejohanan seterusnya di IKTBN Chembong bagi Edisi-38 Tahun 2026. In Shaa Allah.
Terima kasih diucapkan kepada barisan urusetia, pengurus dan jurulatih di atas segala kudrat, masa dan tenaga dalam pembentukan atlet sehingga menjadi satu pasukan dalam setiap acara sukan. Terima kasih juga diucapkan kepada Pengurusan Tertinggi IKBN Jitra atas sokongan yang tidak berbelah bagi demi pembangunan sukan IKBN Jitra.
"TERBANG TINGGI MENGUKIR NAMA, GO JITRA EAGLE GO"!!! COMEBACK STRONGER 
