📌 LAWATAN INDUSTRI YTL CEMENT BERHAD KE IKBN JITRA

    LAWATAN INDUSTRI YTL CEMENT BERHAD KE IKBN JITRA
    📅 25 Februari 2026


    Alhamdulillah, IKBN Jitra telah menerima lawatan daripada pihak **YTL Cement Berhad** yang diwakili oleh:
    • Ms. Cherist Lim – Assistant HR Manager (Langkawi Plant)
    • Ms. Ann Chong – Senior Manager, Talent Management (HQ)
    Sesi dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah, Puan Norhazita Binti Kamaludin, diikuti taklimat pengenalan IKBN Jitra oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, En. Muhamad Razi bin Samsudin.
    Seterusnya berlangsung sesi perbincangan dua hala melibatkan:
    ✅ Keperluan kompetensi industri semasa
    ✅ Perkongsian input daripada pihak syarikat
    Delegasi turut dibawa melawat Bengkel Mekanikal dan Elektrikal bagi melihat sendiri fasiliti latihan dan kemudahan yang ada.
    🤝 Semoga hasil perbincangan ini membuka ruang kepada:
    • Potensi pemeteraian MoU strategik
    • Peluang penempatan latihan industri & OJT
    • Laluan kerjaya terus kepada graduan
    • Peningkatan kebolehpasaran pelajar IKBN Jitra
    Semoga jalinan ini menjadi platform kukuh dalam memperkasa TVET dan melahirkan tenaga mahir yang benar-benar memenuhi kehendak industri.
    Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan lawatan ini 💪

    Institut Kemahiran Belia Negara Jitra,
    Km 23, Jalan Changloon,
    06000 Jitra, Kedah Darul Aman.

    No.telefon: 04-9174676
    No.faks: 04-9174444
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.