- Suriani binti Ibrahim
- IKBN Jitra
- Hits: 18
MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA IKBN JITRA DAN PERLIS MARINE ENGINEERING
MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA IKBN JITRA DAN PERLIS MARINE ENGINEERING
IKBN Jitra hari ini telah melakar satu lagi kejayaan menerusi Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Perlis Marine Engineering (PM) yang berlangsung di IKBN Kuala Perlis.
Majlis menandatangani MoU ini telah disempurnakan oleh Pengarah IKBN Jitra, Pn. Norhazita Bt. Kamaludin bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perlis Marine Engineering, En. Rosli B. Mohamad.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Timbalan Pengarah Latihan dan Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar (HEP) IKBN Jitra.
Kerjasama strategik ini bertujuan memperkukuhkan hubungan antara institusi TVET dan industri melalui:
Peluang latihan industri kepada pelajar
Peluang pekerjaan kepada graduan
Program peningkatan kemahiran dan latihan TVET
Perkongsian kepakaran serta pengalaman industri
Melalui jalinan kerjasama ini, diharapkan lebih ramai pelajar IKBN Jitra akan mendapat manfaat daripada pendedahan industri sebenar sekaligus meningkatkan kebolehpasaran graduan dan melahirkan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri negara.
Semoga kerjasama ini menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan TVET yang lebih cemerlang dan berdaya saing.
