- Suriani binti Ibrahim
- IKBN Jitra
- Hits: 18
PEMBUBARAN RASMI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2024/2025 IKBN JITRA
Terima Kasih
Pihak pengurusan dan seluruh kakitangan IKBN JITRA merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atas komitmen, usaha, dan kepimpinan yang ditunjukkan sepanjang sesi ini. Dedikasi MPP dalam menjaga kebajikan pelajar, menguruskan program, serta menjadi penghubung antara pihak pengurusan dan para pelajar amat kami hargai.
Terima kasih kerana sentiasa tampil ke hadapan, bekerja tanpa mengira masa, dan berusaha memastikan suara pelajar didengari. Semoga MPP terus diberi kekuatan, ilham dan semangat untuk meneruskan amanah ini.
Tahniah dan terima kasih sekali lagi.
Anda semua adalah inspirasi kepada rakan-rakan pelajar.
SELAMAT MAJU JAYA
See less
