
- Suriani binti Ibrahim
- IKBN Jitra
- Hits: 23
Projek CSR Pendawaian Semula di Dewan Orang Ramai dan Surau Desa KEDA Wang, Napoh
1 Oktober 2025 - Seramai 4 orang Tenaga Pengajar dan 20 orang pelajar daripada Jabatan Teknologi Elektrik IKBN Jitra telah terlibat dalam lawatan tapak bagi Pendawaian Semula di Dewan Orang Ramai dan Surau Desa KEDA Wang, Napoh. Program ini merupakan program turun padang bagi berkongsi kepakaran dari IKBN ke komuniti.
Dengan perancangan yang teratur, semangat berpasukan, dan kerjasama erat antara pengajar dan pelajar, proses lawatan tapak dilaksanakan dengan lancar walaupun dalam keadaan cuaca yang mencabar.
Pihak Desa KEDA Wang, menyambut baik inisiatif dari IKBN JITRA sebagai langkah positif dalam meningkatkan kualiti infrastruktur kemudahan orang ramai.
Kredit berita:
PW4 1/2025