Sesi Temuduga Kemasukan Pelajar Ke Program Inklusiviti Belia Autisme Dan Berkeperluan Khas (Program ATMA Canting) Di IKBN Jitra

    Sesi temuduga yang melibatkan calon peserta kategori belia autisme dan berkeperluan khas telah dilaksanakan di Pusat Inklusiviti Belia Autisme & Berkeperluan Khas, Atma Canting, IKBN Jitra.
     
    Temuduga ini merupakan medium penting untuk mengenalpasti dan memilih calon peserta yang layak untuk mengikuti Bidang Asas Jahitan Kreatif bagi pengambilan sesi 2/2025 yang akan bermula pada 23 September 2025.
     
    ✨ IKBN Jitra Komited Menyemai Ilmu, Membina Harapan ✨
    Kami sentiasa berusaha memberikan pendidikan TVET terbaik kepada belia autisme dan berkeperluan khas.
    Dengan pendekatan inklusif, kreatif dan mesra pembelajaran, kami yakin setiap pelajar mampu menyerlahkan potensi diri serta bersinar dalam bidang kemahiran. 🌟👩‍🎓👨‍🎓
     
    TVET. Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS. Profesional Terunggul.
     

    Institut Kemahiran Belia Negara Jitra,
    Km 23, Jalan Changloon,
    06000 Jitra, Kedah Darul Aman.

    No.telefon: 04-9174676
    No.faks: 04-9174444
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.