Sekitar program Peragaan Fesyen “Blooming Vows – From Bud to Bride” yang berlangsung pada 21 Mei 2026 bertempat di Dewan Ibnu Sina, IKBN Jitra. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah IKBN Jitra, Pn. Norhazita binti Kamaludin.
    Program ini menampilkan 26 koleksi hasil kreativiti dan kemahiran pelajar Semester Akhir Program Sijil Jahitan Pakaian Wanita dalam menghasilkan rekaan busana bertemakan Western Wedding Dress 🌸👰🏻‍♀️
    Setiap rekaan bukan sekadar helaian fabrik, tetapi simbol perjalanan, dedikasi dan perkembangan pelajar daripada proses pembelajaran sehingga bersedia melangkah ke industri fesyen sebenar.
    Tahniah kepada semua pelajar, tenaga pengajar serta jawatankuasa yang menjayakan program penuh gemilang ini. ✨

    Institut Kemahiran Belia Negara Jitra,
    Km 23, Jalan Changloon,
    06000 Jitra, Kedah Darul Aman.

    No.telefon: 04-9174676
    No.faks: 04-9174444
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.