Hari Pendaftaran Program Kemahiran Inklusiviti Belia Autisme & Berkeperluan Khas
IKBN Jitra Sesi 1/2026 telah berlangsung dengan jayanya!
Wajah-wajah penuh semangat hadir membawa harapan baharu — membuka peluang kemahiran, membina keyakinan diri dan mencipta masa depan yang lebih berdikari. Di IKBN Jitra, setiap individu diberi ruang untuk berkembang mengikut potensi masing-masing kerana setiap kebolehan itu berharga.
Selamat datang kepada semua peserta! Semoga perjalanan ini menjadi permulaan kepada kejayaan dan pengalaman yang bermakna