Kelab Kebajikan dan Rekreasi IKBN Jitra telah mengadakan lawatan ziarah ke rumah Pn. Nurul Alia yang baru sahaja melahirkan bayi lelaki.
Hadir bersama ialah Ahli Jawatankuasa Kelab Kebajikan dan Rekreasi IKBN Jitra, iaitu Pn. Siti Rohayu (Timbalan Pengerusi), Pn. Wan Nouriedah (Bendahari) dan Pn. Ummul Affan (JK Promosi).
Tahniah di atas kehadiran cahaya mata baharu! Semoga dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan yang baik serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah.