JITRA, 15 Disember 2025 – Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN), Kuala Langat telah mengadakan kunjungan hormat dan lawatan penandaarasan ke Bahagian Teknologi Automotif Dua Roda, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra pada jam 2.30 petang.
    Lawatan yang melibatkan seramai 12 orang pegawai IKSN ini bertujuan untuk membincangkan serta menilai proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang automotif dua roda. Selain itu, kunjungan ini turut memberi peluang kepada pihak IKSN untuk memperoleh pengetahuan dan maklumat terkini berkaitan metodologi pengajaran serta teknologi baharu yang digunakan selari dengan keperluan industri automotif dua roda.
    Diharapkan lawatan penandaarasan ini dapat mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua institusi serta menyumbang kepada penambahbaikan kualiti latihan kemahiran dan pembangunan modal insan dalam bidang automotif dua roda pada masa hadapan.

    Institut Kemahiran Belia Negara Jitra,
    Km 23, Jalan Changloon,
    06000 Jitra, Kedah Darul Aman.

    No.telefon: 04-9174676
    No.faks: 04-9174444
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.