Telah berlangsung dengan jayanya Kursus Fashion Runway & Showcase Event Management for Instructors & Trainers pada 18 hingga 21 Mei 2026 bertempat di IKBN Jitra.
Kursus ini telah dikendalikan oleh Dr. Zainudin Md Nor bersama penyedia latihan, Kasa Rubia Enterprise yang berkongsi ilmu serta pengalaman menerusi sesi teori dan amali sebenar dalam pengurusan runway dan showcase fesyen.
Keunikan kursus ini diterjemahkan melalui penglibatan langsung peserta dalam penganjuran Program Peragaan Fesyen pelajar Semester Akhir Program Jahitan Pakaian Wanita, sekali gus memberi pendedahan sebenar terhadap pengurusan acara fesyen profesional.
Seramai 17 peserta daripada 4 ILKBS telah menyertai kursus ini iaitu:
IKBN Jitra
IKBN Peretak
IKBN Wakaf Tapai
IKBN Tanah Merah
Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta, tenaga pengajar, pihak penganjur serta rakan kolaborasi yang telah menjayakan kursus ini dengan penuh komitmen dan semangat profesionalisme dalam memperkasakan pendidikan TVET fesyen negara.