• Ms. Ann Chong – Senior Manager, Talent Management (HQ)
Sesi dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah, Puan Norhazita Binti Kamaludin, diikuti taklimat pengenalan IKBN Jitra oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, En. Muhamad Razi bin Samsudin.
Seterusnya berlangsung sesi perbincangan dua hala melibatkan:
Keperluan kompetensi industri semasa
Perkongsian input daripada pihak syarikat
Delegasi turut dibawa melawat Bengkel Mekanikal dan Elektrikal bagi melihat sendiri fasiliti latihan dan kemudahan yang ada.
Semoga hasil perbincangan ini membuka ruang kepada:
• Potensi pemeteraian MoU strategik
• Peluang penempatan latihan industri & OJT
• Laluan kerjaya terus kepada graduan
• Peningkatan kebolehpasaran pelajar IKBN Jitra
Semoga jalinan ini menjadi platform kukuh dalam memperkasa TVET dan melahirkan tenaga mahir yang benar-benar memenuhi kehendak industri.
Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan lawatan ini