IKBN Jitra telah menerima lawatan kerja YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta delegasi KBS bagi meninjau perkembangan projek pembangunan serta penambahbaikan fasiliti latihan yang sedang dilaksanakan di institusi ini.
    Lawatan tersebut memberi fokus kepada projek naik taraf fasiliti dan peralatan latihan Jabatan Fesyen dan Pakaian, Jabatan Teknologi Mekanikal serta Jabatan Teknologi Automotif, selain pemantauan Projek Cakna MADANI yang melibatkan penambahbaikan kemudahan asrama pelajar.
    Komitmen berterusan KBS dalam memperkasa TVET menjadi pemangkin kepada penyediaan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif, moden dan memenuhi keperluan industri semasa.
    IKBN Jitra merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kedah atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang lawatan ini, khususnya kepada Puan Amalina binti Taib, Ketua Jurutera Elektrik Negeri Kedah dan Encik Mohd Jafni bin Mohd Jamil, Jurutera Bangunan atas penyampaian taklimat berkaitan pelaksanaan projek serta sokongan yang amat dihargai.
    Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada seluruh warga IKBN Jitra dan semua pihak yang telah memberikan komitmen serta kerjasama yang cemerlang dalam memastikan kelancaran sepanjang lawatan berlangsung. Semoga segala usaha dan sokongan yang diberikan terus menjadi pemangkin dalam memperkasa TVET serta memacu kecemerlangan IKBN Jitra demi melahirkan tenaga mahir yang berdaya saing. 🤝 Terima kasih atas kebersamaan dan komitmen semua pihak.
    TVET diperkasa, masa depan lebih bermakna.

    Institut Kemahiran Belia Negara Jitra,
    Km 23, Jalan Changloon,
    06000 Jitra, Kedah Darul Aman.

    No.telefon: 04-9174676
    No.faks: 04-9174444
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.