JITRA,28 JANUARI- IKBN Jitra telah menerima lawatan penanda aras daripada Kolej Komuniti Arau, Perlis yang melibatkan enam (6) orang pegawai, diketuai oleh En. Mohd. Iskandar bin Mohd Yatim, bertujuan meninjau pelaksanaan Program Diploma Teknologi Fesyen & Pakaian.
    Lawatan dimulakan dengan mesyuarat pembukaan yang dipengerusikan oleh En. Muhamad Razi bin Samsudin (Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan) diikuti sesi pembentangan program oleh Ketua Jabatan Teknologi Fesyen & Pakaian, Pn. Herna Azura binti Abdul Rashid, yang merangkumi struktur program, pendekatan pengajaran serta kemudahan sokongan pembelajaran.
    Seterusnya, delegasi dibawa melawat ke bengkel bagi meninjau susun atur ruang latihan, peralatan pengajaran dan penggunaan perisian (software) yang digunakan dalam pelaksanaan program.
    Lawatan ini diharapkan dapat memperkukuhkan perkongsian amalan terbaik serta meningkatkan kerjasama strategik antara institusi TVET dalam memperkasa bidang fesyen dan pakaian.
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     

    Institut Kemahiran Belia Negara Jitra,
    Km 23, Jalan Changloon,
    06000 Jitra, Kedah Darul Aman.

    No.telefon: 04-9174676
    No.faks: 04-9174444
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.