Jitra, 29 April 2026 (Rabu) – Seramai 37 orang pelajar dan 6 orang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Talib Karim, Alor Gajah, Melaka telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Institut Kemahiran Belia Negara Jitra pada jam 10.30 pagi. Taklimat lawatan ini telah di sampaikan oleh En. Mohamad Ali Hafiz Bin Ahmad, Ketua Cawangan Hubungan Industri IKBN Jitra.
    Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai kursus Penyelenggaraan Motosikal yang dijalankan di IKBN Jitra. Sepanjang sesi lawatan, para pelajar telah diberikan taklimat serta demonstrasi secara langsung berkaitan sistem penyelenggaraan motosikal yang digunakan dalam bidang penyelenggaran motosikal.
    Para pelajar kelihatan begitu teruja dan aktif mengemukakan soalan, menzahirkan minat yang mendalam terhadap bidang teknikal ini. Guru-guru pengiring turut melahirkan penghargaan atas peluang yang diberikan kepada pelajar mereka untuk merasai pengalaman secara langsung berkaitan kursus - Kursus yang dijalankan di IKBN Jitra.
    Lawatan ini diharap dapat menyemai minat dalam kalangan pelajar terhadap bidang
    Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), selaras dengan usaha negara melahirkan tenaga kerja mahir yang berpengetahuan serta berdaya saing.

    Institut Kemahiran Belia Negara Jitra,
    Km 23, Jalan Changloon,
    06000 Jitra, Kedah Darul Aman.

    No.telefon: 04-9174676
    No.faks: 04-9174444
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.