SUNGAI JAWI, PULAU PINANG, 28 April 2026 – Pelajar Bidang Penyelenggaraan Motosikal (SAM 23) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Syarikat Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. Program ini disertai oleh 27 orang pelajar semester akhir dan diiringi oleh 3 orang tenaga pengajar dari bengkel penyelenggaraan motosikal dan Pegawai Cawangan Hubungan Industri iaitu En. Ahmad Nazri Bin Hashim, En. Mohamad Aidrul Khairi Bin Abd Rahman dan En. Mohd Kamarudin Bin Nurudin. Kedatangan pihak IKBN Jitra ke Syarikat Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd telah disambut oleh En. Mohd Fauzi Bin Ahmad (Markerting Manager) dan kumpulan pegawai marketing Syarikat Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd telah
Dalam program ini, pelajar dapat melihat sebenar proses pembuatan dan pemasangan motosikal jenama SYM, WMOTO, Benelli, QJMOTOR, VOGE, CYCLONE, MOTOMORINI, KEEWAY, X-WEDGE dan BRIXTON, selain itu para pelajar mendapat memberi pendedahan sebenar proses pemasangan motosikal di industri. Kehadiran rombongan ini telah disambut oleh En. Mohd Fauzi Bin Ahmad (Markerting Manager) dan pegawai sumber manusia syarikat Diharapkan semoga program ini memberi manfaat dan impak positif kepada pelajar yang bakal menempuh alam pekerjaan tidak lama lagi.