14 Mei 2026, Chembong - Acara yang menghimpunkan semangat kesukanan, perpaduan dan daya saing dalam kalangan warga ILKBS ini akhirnya menutup tirainya selepas berlangsung dengan jayanya.
Pasukan IKBN Jitra hanya mampu bersaing di peringkat kumpulan bagi acara Badminton Berpasukan Campuran, Bola Tampar Lelaki, Sepak Takraw dan Tenpin Bowling. Manakala bagi acara Bola Sepak 9 Sebelah, perjuangan terhenti di peringkat suku akhir selepas mempamerkan aksi yang penuh semangat dan kesungguhan sehingga membawa kepada sepakan penalti.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan jurulatih yang telah bertungkus-lumus mencurahkan tenaga, masa dan komitmen dan segala usaha, pengorbanan dan dedikasi yang diberikan amat dihargai serta menjadi pembakar semangat kepada pasukan untuk terus melakar kejayaan pada masa akan datang. Tidak lupa juga kepada pengurusan tertinggi IKBN Jitra yang memberi sokongan penuh setiap kali kejohanan ini diadakan.
Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Sukan ILKBS Kali Ke-38 Tahun 2026 telah disempurnakan oleh YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan.
Jumpa lagi Kejohanan Sukan ILKBS Kali Ke-39 Tahun 2027 di IKBN Wakaf Tapai.