Mesyuarat Pembukaan Audit Dalaman EKSA IKBN Jitra Bil. 1/2026 telah berlangsung pada 8 Jun 2026 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat IKBN Jitra.
Audit dalaman ini dilaksanakan bagi memastikan amalan EKSA sentiasa diperkasa, dipatuhi dan ditambah baik secara berterusan ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif, sistematik dan berkualiti.
Terima kasih kepada semua auditor dan warga IKBN Jitra yang terlibat. Semoga usaha ini terus menyokong kecemerlangan budaya kerja organisasi.