PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU & MINGGU PARADIGMA SESI 1/2026
    Pada hari ini IKBN Jitra sangat berbesar hati menerima kedatangan pelajar baharu ambilan Sesi 1/2026. Seramai 78 orang telah mendaftar pada kali ini bagi jurusan Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Kimpalan), Sijil Lanjutan Teknologi Fesyen & Pakaian (Jahitan Pakaian Wanita), Sijil Teknologi Elektrik (Pendawaian Elektrik Satu Fasa - PW2) dan Sijil Teknologi Elektrik (Pendawaian Elektrik Tiga Fasa – PW4). Semua pelajar selesai mendaftar sebelum jam 10.30 pagi. Seterusnya semua pelajar dan ibu-bapa berkumpul di Dewan Ibnu Sina untuk sesi taklimat waris bersama Pengarah Puan Norhazita Binti Kamaludin dan barisan pengurusan tertinggi IKBN Jitra.
    Selesai sesi taklimat waris, semua pelajar bergerak ke asrama untuk masuk ke bilik masing-masing. Pelajar telah diberi masa sehingga jam 3.00 petang untuk urusan peribadi sebelum memulakan kehidupan sebagai pelajar ILKBS yang akan dimulai dengan Minggu Paradigma.
    Tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baharu yang mendaftar pada hari ini.

    Institut Kemahiran Belia Negara Jitra,
    Km 23, Jalan Changloon,
    06000 Jitra, Kedah Darul Aman.

    No.telefon: 04-9174676
    No.faks: 04-9174444
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.