PENGLIBATAN PELAJAR & PENGAJAR IKBN JITRA KE KARNIVAL BIJAK TENAGA 2026! ⚡️

    25 Julai 2026 - Bersempena dengan Sambutan Jubli Perak (25 Tahun) Suruhanjaya Tenaga (ST), seramai 20 orang pelajar Jabatan Teknologi Elektrik bersama 3 orang pengajar IKBN Jitra telah menyertai Karnival Bijak Tenaga 2026 (KBT 2026) bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak! Program anjuran Suruhanjaya Tenaga ini menjadi medan ilmu yang amat bermakna bagi warga IKBN Jitra dalam mendalami ilmu kecekapan tenaga, keselamatan elektrik, serta pemerkasaan kerjaya TVET. Antara pengisian menarik & pocket talk berimpak tinggi yang diikuti sepanjang program:
    🔹 “TVET to Industry: Kerjaya Masa Depan Sektor Tenaga”
    🔹 “Orang Kompeten: Apa Peranan Sebenar Mereka?” & “Nak Upgrade Sijil Kompetensi? Ini Yang Anda Perlu Tahu”
    🔹 “Cekap Tenaga, Poket Terjaga” & perkongsian label 5 bintang ST-SIRIM
    🔹 Pameran interaktif, simulasi keselamatan serta pelbagai aktiviti menarik! Semoga penyertaan ini dapat memberi pendedahan industri yang mantap, meluaskan prospek kerjaya, serta menyemarakkan lagi semangat warga IKBN Jitra dalam bidang teknologi elektrik dan kecekapan tenaga!

    Institut Kemahiran Belia Negara Jitra,
    Km 23, Jalan Changloon,
    06000 Jitra, Kedah Darul Aman.

    No.telefon: 04-9174676
    No.faks: 04-9174444
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.