Jitra, 16 Ogos 2025 – Unit Agama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Rakan Belia YADIM (RBY) telah mengadakan Program Citra Ibadah: Cintai Solat dan Cintai Al-Quran Peringkat Ikbn Jitra Tahun 2025 bermula 14 Ogos dan berakhir hari ini bertempat di Surau Mawaddah, IKBN Jitra.
Program selama tiga hari dua malam ini telah melibatkan seramai 135 orang pelajar IKBN Jitra. Pelaksanaan program bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pelajar terhadap kepentingan solat, memastikan pelajar menguasai bacaan solat, menguasai tatacara pergerakan ibadah solat, menyedari kesan ibadah solat dalam kehidupan, memastikan pelajar membaca Al-Fatihah paling tepat dengan makhraj, mengajar pelajar tentang sebutan huruf hijaiyah. mendedahkan pelajar dengan kaedah bacaan Al-Quran dengan tajwid yang betul dan menghafal surah-surah lazim serta memahami dan menghayati Al- Quran.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Puan Rauzoh binti Darus, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, IKBN Jitra. Turut hadir, Encik Mohd Abdul Al Aliff bin Hj. Jenal, Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, IKBN Jitra.
Solat dan Al-Quran merupakan asas kepada kesempurnaan hidup seorang muslim. Solat yang sempurna dapat mencegah peribadi muslim daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar serta membina keperibadian yang terpuji. Diharapkan pelaksanaan program ini dapat melengkapkan pelajar dalam aspek pembangunan kendiri merangkumi jasmani, emosi, rohani dan intelektual yang berkekalan.
#ikbnjitra
#ILKBS
#TeamKBS
#TVETILKBS
#ILKBSProfesionalTerunggul
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#MalaysiaMadani
#CitraIbadah2025
Institut Kemahiran Belia Negara Jitra,
Km 23, Jalan Changloon,
06000 Jitra, Kedah Darul Aman.
No.telefon: 04-9174676
No.faks: 04-9174444
Emel: