🎤 PROGRAM EKSPRESI BAKAT PELAJAR IKBN JITRA 🌟

    Program Ekspresi Bakat telah berlangsung dengan meriah melibatkan para pelajar IKBN Jitra sebagai satu platform untuk mengetengahkan bakat, kreativiti dan potensi diri dalam pelbagai bidang. Program ini turut memberi peluang kepada pelajar untuk tampil lebih yakin serta berani menunjukkan kebolehan masing-masing.
    Antara aktiviti yang telah diadakan ialah Pertandingan Nasyid, Spelling Bee, Sports Challenge dan Seni Visual. Pelbagai bakat dan kebolehan pelajar dapat diketengahkan melalui setiap aktiviti, di samping menggalakkan semangat kerjasama, persaingan sihat dan kreativiti dalam kalangan peserta.
    Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah mengambil bahagian serta warga IKBN Jitra yang bersama-sama menjayakan Program Ekspresi Bakat sepanjang bulan Ogos 2026. Semoga program sebegini terus menjadi wadah untuk mencungkil dan mengembangkan potensi serta bakat pelajar. 👏✨

    Institut Kemahiran Belia Negara Jitra,
    Km 23, Jalan Changloon,
    06000 Jitra, Kedah Darul Aman.

    No.telefon: 04-9174676
    No.faks: 04-9174444
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.