PROGRAM KURSUS PENGURUSAN JENAZAH PERINGKAT IKBN JITRA 2026

    3 Oktober 2026 | 8.00 pagi – 2.00 petang

    Telah berlangsung Program Kursus Pengurusan Jenazah IKBN 2026 yang dianjurkan oleh Unit Agama, Hal Ehwal Pelajar (HEP), IKBN Jitra pada hari ini. Program ini melibatkan pelajar lelaki Semester 3 serta semua pelajar perempuan IKBN Jitra.
    Program diadakan bertujuan memberikan pendedahan dan pengetahuan asas kepada para pelajar berkaitan pengurusan jenazah, di samping meningkatkan kefahaman serta kesedaran mengenai tuntutan fardu kifayah dalam kehidupan seharian.
    Program ini turut diserikan dengan perkongsian ilmu daripada tiga orang penceramah jemputan daripada PDRM, IPD Kubang Pasu, iaitu:
    🔹 Ustazah Faiza Suriani binti Sulaiman
    🔹 Ustazah Nor Halimi binti Che Pi
    🔹 Ustaz Muhammad Azam bin Shahidan
    Sepanjang program berlangsung, para peserta berpeluang mendapatkan ilmu dan penerangan berkaitan aspek-aspek pengurusan jenazah secara teori dan praktikal.
    Semoga program yang dilaksanakan ini dapat memberikan manfaat serta ilmu yang berguna kepada para pelajar dan seterusnya dapat dipraktikkan apabila diperlukan dalam kehidupan bermasyarakat.
    “Ilmu Dipelajari, Fardu Kifayah Ditunaikan.”

    Institut Kemahiran Belia Negara Jitra,
    Km 23, Jalan Changloon,
    06000 Jitra, Kedah Darul Aman.

    No.telefon: 04-9174676
    No.faks: 04-9174444
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.