PROGRAM MINGGU PARADIGMA PELAJAR BAHARU IKBN JITRA SESI 2/2026 BERMULA
27 Julai 2026 | Isnin
Hari pertama Minggu Paradigma Pelajar Baharu di IKBN JITRA telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana yang penuh ceria dan bersemangat
Antara pengisian yang telah dijalankan adalah:
Sesi Ice Breaking mengajar peserta untuk berkomunikasi dengan lebih yakin, bekerjasama secara berkesan, serta membina hubungan yang baik dalam suasana yang positif dan menyeronokkan.
Suaikenal bersama MPP
Slot Asas Fardhu Ain bagi membina kefahaman dan amalan asas Islam supaya dapat diamalkan dalam kehidupan seharian dan tazkirah berkenaan ADAB.
Semoga pengenalan hari pertama ini dapat membantu pelajar baharu memulakan kehidupan di tempat baharu dengan lebih yakin, bersedia, dan mudah menyesuaikan diri.