Program Penjelajahan Lasak Anugerah Remaja Perdana Rakan Rakan Muda Pingat Gangsa Siri 1/2026 IKBN Jitra telah berlangsung pada 30 - 31 Januari 2026 bertempat di Tapak Pekhemahan IKBN Jitra dan Kampung Hutan Terabak, Jitra Kedah. Program ini melibatkan penyertaan pelajar semester 1 pelbagai jurusan yang baru sahaja mendaftar pada 26 Januari yang lalu.
    Penjelajahan lasak merupakan salah satu komponen yang perlu dilaksanakan oleh semua peserta ARPRM untuk melayakkan mereka menerima Anugerah Pingat Gangsa. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah penjelajahan lasak,teori dan praktikal kompas, teori dan praktikal khemah, ikatan tali dan pembinaan pasukan. Selain itu aktiviti perkongsian pengalaman semasa aktiviti turut diadakan.
    Perlaksanaan program ini diharapkan agar dapat memberi impak yang positif kepada pelajar IKBN Jitra untuk terus bersemangat dalam apa juga keadaan dan dapat mencapai pingat tertinggi ARPRM iaitu Pingat Emas
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     

    Institut Kemahiran Belia Negara Jitra,
    Km 23, Jalan Changloon,
    06000 Jitra, Kedah Darul Aman.

    No.telefon: 04-9174676
    No.faks: 04-9174444
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.