JITRA, 23 Mei 2026 - Program Penjelajahan Lasak Anugerah Remaja Perdana Rakan Rakan Muda Pingat Perak Siri 1/2026 IKBN Jitra telah berlangsung pada 21- 23 Mei 2026 bertempat di Kem D'Omland Bukit Kechil Sungai Petani, Kedah. Program ini melibatkan penyertaan pelajar daripada pelbagai jurusan di IKBN Jitra.
    Penjelajahan lasak merupakan salah satu komponen yang perlu dilaksanakan oleh semua peserta ARPRM untuk melayakkan mereka menerima anugerah Pingat Perak. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah penjelajahan lasak, team building, jungle tracking, night walk, flying fox merentas hutan bakau dan ikhtiar hidup. Selain itu program khidmat masyarakat gotong royong membersihkan sampah di hutan bakau sambil mencari kepah dan menangkap ketam. Aktiviti ini memberi pengalaman baru kepada para peserta sebagai usaha memelihara ekosistem alam terpelihara seterusnya memberi pengalaman berharga kepada peserta.
    Perlaksanaan program ini diharapkan agar dapat memberi impak yang positif kepada pelajar IKBN Jitra untuk terus bersemangat dan melahirkan kemenjadian pelajar dalam apa juga bidang dan seterusnya dapat mencapai pingat tertinggi ARPRM iaitu Pingat Emas.

    Institut Kemahiran Belia Negara Jitra,
    Km 23, Jalan Changloon,
    06000 Jitra, Kedah Darul Aman.

    No.telefon: 04-9174676
    No.faks: 04-9174444
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.