Program Training of Trainers (TOT) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) selama 3 hari 2 malam telah berlangsung dengan jayanya. Program ini bertujuan melahirkan barisan kepimpinan pelajar yang lebih berkeyakinan, berdisiplin, berwibawa dan berdaya saing.
Sepanjang program, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai modul kepimpinan, kerja berpasukan, komunikasi berkesan, pengurusan organisasi serta pembentukan sahsiah diri bagi mempersiapkan mereka sebagai pemimpin pelajar yang berkualiti.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi kecemerlangan MPP dan institusi.