Pelaksanaan projek “Nature Camp” melibatkan seramai 56 orang pelajar kelas Kepimpinan daripada semester 3 Operasi Pemesinan & Jahitan Pakaian Wanita yang telah diadakan di Bukit Ayer, Perlis pada 4 Disember 2025 lalu. Projek yang dilaksanakan ini adalah hasil kerjasama oleh semua pelajar mengikut 7 kumpulan yang telah dibahagikan.
Elemen projek ini adalah merangkumi nilai kerjasama, khidmat komuniti & kepimpinan yang diterapkan melalui aktiviti gotong royong penyediaan makanan, kebersihan tempat & pengucapan awam selain aktiviti terapi minda turut diberikan bagi melepaskan stress di Institut. Semoga dengan pendedahan aktiviti seperti dapat memberi manfaat kepada semua pelajar untuk diaplikasikan didalam dunia kerjaya kelak. Jom masuk IKBN Jitra