Straits Orthopaedics x Jabatan Teknologi Mekanikal IKBN Jitra
5 November 2025 | 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Hari penuh ilmu, inspirasi dan peluang!
Sesi bersama Straits Orthopaedics (Mfg) Sdn. Bhd. berlangsung meriah di IKBN Jitra — membawakan perkongsian sebenar dunia industri kepada warga TVET.
10:30 – 11:30 pagi → Sesi perbincangan & perkongsian ilmu bersama pensyarah
11:30 pagi – 12:30 tengah hari → Sesi bicara santai bersama pelajar
Dalam sesi ini, En. Shakir bin Jamil, Public Relation Manager dari Straits Orthopaedics, berkongsi pandangan tentang keperluan industri sebenar serta membuka peluang latihan industri dan pekerjaan kepada pelajar dalam bidang Pemesinan, Kimpalan dan Rekabentuk Mekanikal.
Matlamatnya jelas — membina jambatan antara dunia latihan kemahiran TVET dan industri, serta melahirkan tenaga kerja mahir tempatan yang bersedia menjadi aset berharga negara.
Terima kasih kepada Straits Orthopaedics atas komitmen dan kesediaan untuk terus bersama IKBN Jitra dalam memperkasa pendidikan TVET.
Semoga kerjasama ini terus berkembang dan membuka lebih banyak ruang untuk pelajar menempa masa depan yang gemilang!