Kursus Main Switch Board Wiring Installation (Reskilling Tenaga Pengajar) telah berlangsung dengan jayanya di Bengkel Teknologi Elektrik, IKBN Jitra!
Selama 5 hari penuh ilmu dan hands-on, para tenaga pengajar dari pelbagai ILKBS memperkasakan kemahiran dalam pemasangan sistem papan suis utama — selari dengan keperluan industri semasa
Dipimpin oleh tenaga pakar, Encik Nasri bin Alus, kursus ini menghimpunkan 12 peserta dari seluruh Malaysia termasuk IKBN dan IKTBN.