- Mohd Razman Bin Mohamad
- IKBN Kemasik
- Hits: 11
AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT IFTAR JALINAN KASIH RAMADAN 2026 BAHAGIAN PENYEDIAAN MAKANAN JABATAN HOSPITALITI IKBN KEMASIK DENGAN KERJASAMA AKADEMI PENGAJIAN AL-BAHJAH, KIJAL DAN MASJID TENGKU MIZAN ZAINAL ABIDIN, KERTEH
Isnin - 2 Mac 2026: Bahagian Penyediaan Makanan, Jabatan Hospitaliti IKBN Kemasik telah melaksanakan program Iftar Jalinan Kasih Ramadan 2026 dengan kerjasama Akademi Pengajian Al-Bahjah dan Masjid Tengku Mizan Zainal Abidin.
Sebanyak 60 pek juadah iftar telah dihantar ke akademi yang mengandungi:
Manakala di masjid, pelajar telah menyediakan hidangan pencuci mulut iaitu Puding Jagung untuk para jemaah.
Program ini bukan sahaja memberi peluang pelajar mempraktikkan kemahiran kulinari dalam situasi sebenar, malah memupuk nilai empati, kerja berpasukan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan warga jabatan.
Semoga usaha kecil ini menjadi asbab keberkatan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara institusi dan komuniti setempat.
TVET Pilihan Kerjaya Utama
ILKBS Profesional Terunggul
