AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT SENTUHAN KASIH RAMADAN 2026 BAHAGIAN PENYEDIAAN MAKANAN JABATAN HOSPITALITI IKBN KEMASIK DENGAN KERJASAMA SURAU BUKIT, KAMPUNG PANTAI, KEMASIK.

    AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT SENTUHAN KASIH RAMADAN 2026 BAHAGIAN PENYEDIAAN MAKANAN JABATAN HOSPITALITI IKBN KEMASIK DENGAN KERJASAMA SURAU BUKIT, KAMPUNG PANTAI, KEMASIK.

    Jumaat - 13 Mac 2026: Bahagian Penyediaan Makanan, Jabatan Hospitaliti IKBN Kemasik telah mengadakan aktiviti khidmat masyarakat Sentuhan Kasih Ramadan 2026 dengan kerjasama Surau Bukit, Kampung Pantai, Kemasik hari ini.
    Program ini bermula seawal jam 8.00 pagi melibatkan seramai 23 orang pelajar Bahagian Penyediaan Makanan Semester 3 dan disertai 3 orang pengajar bahagian ini. Penglibatan warga IKBN Kemasik adalah meliputi aktiviti gotong-royong bersama AJK dan Kariah Surau bagi penyediaan hidangan berbuka puasa untuk para jemaah serta kerja-kerja membersihkan surau. Para pelajar kemudiannya turut menyertai majlis berbuka puasa di surau tersebut bersama semua jemaah yang hadir.
    Menerusi penganjuran program sebegini, objektif utama untuk membolehkan pelajar mempraktikkan pengetahuan kulinari mereka dengan berkongsi kemahiran kepada komuniti, memantapkan kemahiran insaniah pelajar dengan menyemai semangat kerja berpasukan, bertolak ansur, rajin, dan berdisiplin telah tercapai.
    Sekalung penghargaan juga kepada Pihak Pengurusan IKBN Kemasik yang menyokong aktiviti ini serta Encik Zulbahari bin Ahmad dan Encik Wan Azli bin Wan Yaacob di atas kerjasama yang diberikan.
    Semoga usaha kecil ini menjadi asbab keberkatan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara institusi dan komuniti setempat.

    TVET Pilihan Kerjaya Utama
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik
    Km 19, Jalan Kemaman – Dungun,
    24200 Kemasik Kemaman, Terengganu Darul Iman.

    No. Telefon: 09-866 4500
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.