- Syilasiyah binti Mohd Ridhwan
- IKBN Kemasik
- Hits: 66
🌟BENGKEL PEMBANGUNAN, PEMURNIAN & PENGESAHAN SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR ILKBS KURSUS SCK 03 BERSAMA PANEL TAC SIRI 2📚
Kuantan, Pahang – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik selaku Centre of Excellence (CoE) bagi bidang kepakaran Kosmetologi di bawah kelolaan Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti (CPKK), telah berjaya menganjurkan Bengkel Pembangunan, Pemurnian dan Pengesahan Soalan Peperiksaan Akhir ILKBS Kursus SCK 03 Bersama Panel TAC Siri 2 Tahun 2026.
Bengkel ini telah berlangsung selama 3 hari bermula 1 September 2026 bertempat di Hotel Mega View Kuantan melibatkan kursus berikut:
💄SCK 03 – Terapi Kecantikan
Penggubalan soalan telah dibangunkan oleh tenaga pengajar berpengalaman dan pakar dalam bidang masing-masing daripada IKBN Kemasik dan IKBN Peretak. Turut hadir bersama-sama Panel Technical Advisory Committee (TAC) terdiri daripada pakar bidang industri bagi memastikan kualiti dan standard penilaian sentiasa terjamin.
👤 Panel TAC
• Puan Rica binti Razali (SCK 03 : Narae Empire KL)
📌 Pengesahan Soalan
Soalan peperiksaan akhir yang telah disemak dan disahkan akan digunapakai bagi peperiksaan Akhir Sesi 1/2027 (Januari), Sesi 1/2027 (April), Sesi 2/2027 (Julai) & Sesi 2/2027 (Oktober). Bengkel ini mencerminkan komitmen berterusan ILKBS dalam memastikan kualiti penilaian dan standard latihan TVET sentiasa diperkasa selaras dengan keperluan industri.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
#TeamIKBNKemasik
#TeamILKBS
#TeamKBS
#TVETMalaysia
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#cpkkikbnkemasik
