- Mohd Razman Bin Mohamad
- IKBN Kemasik
- Hits: 19
HARI PENDAFTARAN PELAJAR SESI 1/2026 DAN MAJLIS APRESIASI (DIALOG PRESTASI360) PELAJAR SESI 2/2025 PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN INKLUSIVITI BELIA AUTISME DAN BERKEPERLUAN KHAS IKBN KEMASIK – AMAZIN’ COTTAGE
30 Mac 2026 – Auditorium, Jabatan Multimedia IKBN Kemasik. Telah berlangsung Majlis Pendaftaran Pelajar sesi 1/2026 yang dilaksanakan serentak dengan Majlis Apresiasi (Dialog Prestasi360) Pelajar bagi sesi 2/2025 di bawah Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia Autisme dan Berkeperluan Khas IKBN Kemasik – Amazin’ Cottage.
Sesi pendaftaran telah bermula pada jam 9.00 pagi dan seramai lima (5) orang pelajar baharu sesi 1/2026 telah mendaftar masuk ke IKBN Kemasik pada hari ini. Majlis dimulakan dengan taklimat pendaftaran oleh Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar (KCPP), dan seterusnya ucapan aluan oleh Pengarah IKBN Kemasik, Puan Norlia binti Abdullah.
Istimewa pada kali ini, pihak institut turut menjemput wakil PERKESO bagi memberi pendedahan mengenai inisiatif dan program yang ditawarkan. Sesi profiling turut dijalankan bagi membantu pelajar mendaftar dalam portal MYFutureJobs sebagai persediaan kerjaya masa hadapan.
Majlis turut menyaksikan penyerahan sijil tamat latihan kepada lapan (8) orang pelajar sesi 2/2025 yang telah berjaya mengikuti proram Amazin’ Cottage bermula pada 22 September 2025 hingga 11 Mac 2026. Kehadiran ibu bapa yang turut serta meraikan kejayaan anak-anak ini menambahkan lagi seri majlis
Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan jamuan makan bersama di Restoran Ombak, Jabatan Hospitaliti.
TVET Pilihan Kerjaya Utama
ILKBS Profesional Terunggul