- Mohd Razman Bin Mohamad
- IKBN Kemasik
- Hits: 14
π MELANGKAH LEBIH JAUH: PELAJAR CIAST TAMAT LATIHAN MENGAJAR TVET-I DI IKBN KEMASIK
IKBN Kemasik, 18 Mac 2026 β Hari ini menjadi detik penutup bagi latihan mengajar Program TVET-i melibatkan tujuh orang pelajar CSC CIAST yang telah menimba pengalaman sepanjang enam bulan penempatan internship bermula 6 Oktober 2025 di IKBN Kemasik.
Penempatan internship bagi tujuh orang pelajar CSC CIAST dijalankan berdasarkan kompetensi dan jurusan pengkhususan masing-masing, seperti berikut:
β’ Nurin Jazlina binti Awang Long
β’ Siti Nurul Syazana binti Ramli
β’ Farahanim binti Abdul Malik
β’ Nazirul Ameer bin Mohammad Azizy
β’ Wan Muhammad Affiq Alimie bin Wan Zulkifli
β’ Nik Qistina Adriana binti Nik Hisamuddin
β’ Muhammad Redzuan bin Rani
Dalam sesi penyampaian sijil penghargaan, Puan Pengarah selaku Pengurus Pusat Bertauliah (PPB) merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada semua pelajar yang berjaya menamatkan latihan mengajar. Beliau turut menyampaikan harapan agar segala pengalaman, kemahiran, dan ilmu yang diperoleh sepanjang penempatan di IKBN Kemasik dapat diaplikasikan oleh para pelajar apabila mereka bertugas kelak sebagai tenaga pengajar TVET.
Seluruh warga IKBN Kemasik mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar CSC CIAST yang menamatkan latihan mengajar TVET-i. Semoga kejayaan ini menjadi permulaan penting dalam kerjaya profesional mereka sebagai tenaga pengajar kemahiran.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
