IKBN KEMASIK ANJUR PROGRAM ZERO WASTE DENGAN KERJASAMA MPK: TRANSFORMASI SISA KEPADA SUMBER

    IKBN KEMASIK ANJUR PROGRAM ZERO WASTE DENGAN KERJASAMA MPK: TRANSFORMASI SISA KEPADA SUMBER

     
    KEMASIK, 22 JANUARI 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik telah berjaya melaksanakan Program Zero Waste dengan kerjasama strategik Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) bertempat di kawasan parkir Jabatan Kosmetologi.

    Program yang bermula seawal jam 9.00 pagi ini bertujuan untuk menyemai budaya pengurusan sisa yang lestari serta meningkatkan kesedaran warga institut terhadap kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan persekitaran.

    Selain mempromosikan gaya hidup hijau, program ini juga merupakan sebahagian daripada persediaan rapi pihak institut dalam menghadapi audit persijilan semula Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ILKBS. Dengan pengosongan barangan yang tidak lagi digunakan, ruang kerja dan stor dapat disusun semula mengikut piawaian EKSA yang ditetapkan.

    Antara barangan yang berjaya dikumpul dan dijual melalui kaunter timbangan MPK termasuklah:
    ♻️ Barangan kertas dan kotak.
    ♻️ Botol plastik dan fail-fail lama.
    ♻️ Barangan elektrik (E-Waste) dan logam seperti basikal rosak.

    Tahniah kepada Jawatankuasa Induk EKSA dan semua warga yang berjaya mengosongkan stor dan sudut kerja masing-masing. Bukan sahaja persekitaran lebih sihat, poket pun bertambah! 💵😊
    Terima kasih MPK atas Sijil Penghargaan dan kerjasama yang padu ini. Mari kita teruskan amalan lestari ini demi masa depan bumi kita.

    TVET Pilihan Kerjaya Utama.
    ILKBS Profesional Terunggul.

    Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik
    Km 19, Jalan Kemaman – Dungun,
    24200 Kemasik Kemaman, Terengganu Darul Iman.

    No. Telefon: 09-866 4500
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.