- Mohd Razman Bin Mohamad
- IKBN Kemasik
- Hits: 375
PEPERIKSAAN AKHIR ILKBS SESI 1/2026 (JANUARI) BERAKHIR, PELAJAR IKBN KEMASIK BERSEDIA MELANGKAH KE FASA SETERUSNYA
IKBN Kemasik, 22 Januari 2026 – Peperiksaan Akhir ILKBS Sesi 1/2026 (Januari) telah berjaya dilaksanakan di IKBN Kemasik selama dua (2) minggu, bermula 12 hingga 22 Januari 2026. Peperiksaan ini melibatkan 14 kumpulan (batch) pelajar merangkumi Semester 1, 2 dan 3 dengan jumlah keseluruhan 323 orang pelajar.
Pelaksanaan peperiksaan dimulakan pada minggu pertama dengan Peperiksaan Kertas Teori Akhir bagi Subjek Umum dan Subjek Umum Teknikal. Minggu kedua pula memfokuskan kepada Peperiksaan Kertas Teori Akhir Teknikal serta Amali Akhir Teknikal mengikut kursus masing-masing.
Peperiksaan kali ini turut melibatkan penugasan tiga (3) orang Pegawai Pengesah Luaran (PPL) lantikan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi tujuan Penilaian Portfolio, Verifikasi Teori Akhir dan Amali Akhir untuk tiga (3) kumpulan pelajar akhir tahap. Manakala bagi 11 kumpulan pelajar bukan akhir tahap, proses penilaian melibatkan verifikasi oleh Pengawas Luaran (lantikan dalaman).
Untuk makluman, pelajar akhir Tahap 3 akan meneruskan Latihan Industri (LI) selama tiga (3) bulan bagi Kursus Kaunter Hadapan (SHH 03) dan Kursus Penyediaan Roti (SHR 03). Pelajar-pelajar lain pula akan menjalani cuti semester sebelum naik tahap/semester pada awal Februari 2026.
Keputusan penuh peperiksaan akan diumumkan selepas mendapat pengesahan Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan IKBN (JKPI).
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
