- Syilasiyah binti Mohd Ridhwan
- IKBN Kemasik
- Hits: 40
IKBN KEMASIK HARUMKAN NAMA MALAYSIA DI FUZHOU, CHINA
Tahniah diucapkan kepada peserta negara Worldskills Shanghai bagi bidang Hairdressing, Wan Nur Amilya binti Zolkarnaini dari IKBN Kemasik, kerana telah berjaya merangkul Pingat Emas di The 3rd Asian Beauty and Hairdressing Competition 2026 bertempat di Fujian, Fuzhou China.
Warga IKBN Kemasik ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan atas kejayaan gemilang ini. Pencapaian beliau membuktikan bahawa usaha tanpa jemu, latihan penuh dedikasi dan semangat juang yang tinggi mampu mengangkat nama IKBN Kemasik dan Malaysia ke persada antarabangsa.
“Di sebalik emas ini, terpahat seribu satu pengorbanan yang menjadi saksi betapa besarnya maruah negara di bahu seorang pejuang.”![]()
Bukan mudah untuk berdiri dan bersaing dengan bakat-bakat hebat dari seluruh Asia, tetapi dengan usaha, keberanian, dan keyakinan, Wan Nur Amilya telah membuktikan bahawa anak muda Malaysia mampu menjadi yang terbaik dan kompetitif di pentas dunia.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
