🥇 🥇
Ipoh, Perak - Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Seedra Soap dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik atas kejayaan membanggakan meraih Pingat Emas dalam pertandingan Perak Creative and Innovative Recycle Idea Competition (PCIRI'26) yang berlangsung pada 13 hingga 14 Mei 2026 bertempat di Aras Bawah Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh.
Kejayaan ini membuktikan kecemerlangan warga IKBN Kemasik dalam menghasilkan inovasi berimpak tinggi menerusi projek:
🌿 “Seedra Soap: Transformasi Sisa Minyak Masakan Kepada Sabun Terapeutik berasaskan Ekstrak Biji Kurma dan Daun Bunga Raya”
Sekalung penghargaan dan tahniah kepada barisan pengajar serta pelajar yang telah mengharumkan nama institut:
👩🏫 Pengajar
* Nurul Syahirah binti Sarkawi
* Nor Nadia Syakira binti Zulkeple
👨🎓👩🎓 Pelajar
* Muhammad Adib bin Mohd Safian
* Nur Insyirah Arisya binti Zakri
* Nur Danisha Atirah binti Mohamad Yaser
* Nur Arina Hazirah binti Mohd Elias
* Nur Husna Humairah bin Abdullah
* Nur Syamimie Syahira binti Samsul
Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih, kreativiti dan semangat inovasi dalam mentransformasikan sisa minyak masakan kepada produk terapeutik yang bernilai serta mesra alam. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga TVET untuk terus melakar kejayaan di peringkat lebih tinggi.
✨ Tahniah sekali lagi kepada Pasukan Seedra Soap!
Terus maju mencipta kecemerlangan dan mengharumkan nama IKBN Kemasik.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
