Alhamdulillah, hari ini menjadi detik bersejarah buat IKBN Kemasik apabila secara rasmi dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Institusi TVET 5 Bintang. Pengiktirafan tertinggi ini adalah bukti komitmen warga IKBN Kemasik dalam melahirkan belia berkemahiran tinggi yang memenuhi piawaian industri negara.
Sijil penganugerahan ini telah diterima oleh Yang Berusaha Puan Norlia binti Abdullah, Pengarah IKBN Kemasik, dalam majlis gilang-gemilang yang berlangsung di:
Kejayaan ini disokong padu oleh kualiti latihan melalui 5 program utama yang telah ditauliahkan 5 bintang Tahun 2023-2025:
Terima kasih kepada semua warga kerja, para pelajar, dan rakan industri yang sentiasa menyokong perjalanan IKBN Kemasik dalam memacu kecemerlangan demi memperkasa masa depan belia Malaysia!
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
