LAWATAN KUNJUNGAN HORMAT BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH (BPH), JABATAN PERDANA MENTERI KE IKBN KEMASIK BAGI JALINAN KERJASAMA

    LAWATAN KUNJUNGAN HORMAT BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH (BPH), JABATAN PERDANA MENTERI KE IKBN KEMASIK BAGI JALINAN KERJASAMA

    ISNIN, 9 FEBRUARI 2026: IKBN Kemasik telah menerima Lawatan Kunjungan Hormat daripada Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri bagi jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.
    Lawatan Kunjung Hormat dari BPH yang hadir diketuai oleh Pn. Nik Fairus Natakhain binti Rahmat, Penolong Setiausaha, Seksyen Pengurusan Rumah Peranginan, bersama-sama pegawai berikut:
    • Siti Noraishah binti Mohd Dahlan
    Penolong Pegawai Tadbir
    • Siti Maisarah binti Mohd Nazmi
    Pembantu Tadbir
    • Mohd Saiful Anuar bin Md Hussin
    Pembantu Khidmat Am
    Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pihak BPH berkaitan fasiliti latihan yang terdapat di IKBN Kemasik serta membincangkan potensi kerjasama khususnya dalam Cadangan Penganjuran Bengkel Asas Seni Perkhidmatan Hotel dan Layanan Tetamu untuk Kakitangan Rumah Peranginan Persekutuan.
    Sepanjang lawatan, delegasi BPH telah dibawa melawat beberapa jabatan utama termasuk Jabatan Multimedia, Jabatan Kosmetologi, Jabatan Perhotelan dan Jabatan Hospitaliti. Sesi perbincangan turut diadakan bagi memperkukuhkan hubungan strategik dan peluang kolaborasi pada masa akan datang.
    Diharapkan lawatan ini dapat membuka ruang kerjasama yang lebih luas serta memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam meningkatkan kualiti latihan dan perkhidmatan.
    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Terunggul.

    Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik
    Km 19, Jalan Kemaman – Dungun,
    24200 Kemasik Kemaman, Terengganu Darul Iman.

    No. Telefon: 09-866 4500
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.