Kemasik, Kemaman - Jabatan Pengajian Umum IKBN Kemasik telah menganjurkan Kursus Asas Excel: Jom Kuasai Excel pada Khamis, 6 November 2025 bertempat di Makmal ICT IKBN Kemasik.
Kursus ini bertujuan meningkatkan kemahiran asas penggunaan perisian Microsoft Excel dalam kalangan pegawai serta memberi pendedahan terhadap fungsi dan formula asas yang sering digunakan dalam tugasan harian.
Pelaksanaan kursus ini turut dibantu oleh Pn. Syilasiyah Mohd Ridhwan, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat IKBN Kemasik, yang telah berkongsi panduan dan teknik praktikal bagi memudahkan peserta menguasai Excel dengan lebih efisien. Seramai 24 orang pegawai telah menyertai kursus ini, termasuk pegawai dari Jabatan Pengajian Umum sendiri.
Penganjuran kursus ini diharapkan dapat memperkukuh kompetensi staf IKBN Kemasik dalam penggunaan aplikasi Microsoft Office serta menyokong pelaksanaan tugasan secara lebih sistematik dan profesional.
💪 TVET Pilihan Utama Kerjaya
🌟 ILKBS Profesional Terunggul
